Thursday 12 November 2015

HOME


Shin Bersatu Holdings Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat 100% bumiputera yang bergiat secara aktif menjalankan perniagaan dalam bidang hartanah yang sangat mencabar untuk diterokai oleh individu mahupun syarikat. Ini kerana bidang hartanah merangkumi pelbagai aspek yang mempengaruhi pertumbuhan bidang ini. Namun dalam menghadapi cabaran dalam dunia perniagaan,kami Shin Bersatu Holdings Sdn. Bhd sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi apa jua cabaran dalam perniagaan. Perkembangan ekonomi semasa,keperluan dan permintaan tinggi dalam bidang hartanah dan permintaan yang sentiasa meningkat dalam pemilikan rumah oleh golongan pertengahan mendorong kami memilih bidang hartanah ini sebagai teras perniagaan kami.

Membantu merancakkan perkembangan bidang hartanah di negara ini di samping membantu golongan kelas pertengahan dan bawahan dalam pemilikan rumah merupakan agenda utama kami dalam bidang hartanah.Misi dan Visi kami untuk merealisasikan impian pemilikan rumah bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana di samping membantu pihak kerajaan dalam melaksanakan program pemilikan rumah untuk golongan sasaran.

Shin Bersatu Holdings Sdn. Bhd. juga menjalankan kerja-kerja binaan,  kerja-kerja hiasan dalaman, trading, perniagaann import export, mewakili, menjalankan, menjadi perantara dan membekal komoditi tempatan dan luar negara (Petroleum, Bahan Mentah Sawit (CPO) Minyak Masak).